Tuesday, September 22, 2009

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh
ALLAH s.w.t.
>2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
>3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh
kerana ianya merbahayakan.
>4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
>5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
>6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa
makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
>7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-
takut mati dalam perjalanan.
>8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
>9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
>10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
>11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
>datang bila-bila masa.
>12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah.
>13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
>14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam
setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila
gagal.
>15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
>16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
>17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
>18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk
yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
>19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
>20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.
>21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan
jin.
>22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
>23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita
bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
>24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab
semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih
mengetahui.

insyaAllah akan aku cuba juga selagi mana yang aku mampu YA ALLAH!!AMIIN..

0 comments: