Tuesday, September 22, 2009

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh
ALLAH s.w.t.
>2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
>3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh
kerana ianya merbahayakan.
>4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
>5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
>6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa
makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
>7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-
takut mati dalam perjalanan.
>8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
>9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
>10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
>11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
>datang bila-bila masa.
>12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah.
>13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
>14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam
setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila
gagal.
>15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
>16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
>17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
>18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk
yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
>19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
>20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.
>21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan
jin.
>22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
>23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita
bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
>24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab
semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih
mengetahui.

insyaAllah akan aku cuba juga selagi mana yang aku mampu YA ALLAH!!AMIIN..

Putaran Masa

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku...

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku...

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku...

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku...

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku...

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang...

Untuk suami.. renungkanlah...


Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahasia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...



Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...

Wednesday, September 16, 2009

renung-renungkan dan selamat beramal

Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara >seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan
Al-Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, September 15, 2009

CINTA

ingat lagi lirik lagu ni"c.i.n.t.a.k.i.t.a. sampai bila"..x ingat pula vokalis dari kumpulan mana,tapi yang aku tahu lagu ni best juga!!e'em!!cite pasal cinta ni nak bagilah tahu sikit apa yang dapat dikongsikan bersama..Cinta kita pada Allah kekal,rasulullah tenang jiwa raga,emak ayah membawa ke syurga,cinta sanak-saudara x pasti senang atau susah bersama..tapi cinta pada TUHAN,itu PALING MUTLAK..Tiap kali bila kita buat silap,Allah pasti bagi ruang untuk kita berubah!sbb knp??sbb ALLAH CINTAKAN KITA!!Paham kan?!Melalui cite syurga cinta pun,ada ayt2 yang HALIZA cakap.."CINTA YANG HANYA IKHLAS UNTUK MENCINTAI BUKAN UNTUK DIPERSENDAKAN"..betullah buat apa kita nak bagi cinta kita kat orang yang belum pasti setia dengan kita..betul x??jadi,PILIHLAH CINTAMU dan CINTAILAH PILIHANMU!!Bila sebut pasal cinta,mesti ada kaitan dengan JODOH..Jadi,JODOH ni ada 3..

-JODOH DRI SYAITAN...bila kita bertemu orang tu,mesti nak buat maksiat..(minta maaf)
-JODOH DR JIN...kita suka orang tu,tapi orang tu x sukakan kita..sedih2
-JODOH DR ALLAH SWT(AMAT MENUSUK JIWA)..ni paling best sbb jodoh kita adalah pilihan terbaik hingga akhir hayat..