Saturday, July 18, 2009

EUMORA FACIAL BAR


Produk Terhebat dengan harga TERENDAH...!!!!.MUDAH, JIMAT MASA, JIMAT WANG!! SANGAT BERKESAN!!!

Satu-satunya facial bar kesihatan kulit yang boleh menyembuhkan semua jenis kulit, hanya dengan memcuci muka selama 3 minit, anda akan kelihatan bertambah cantik dan berseri-seri..!!! 5-10 tahun lebih muda....!!

TIDAK PERLU berbelanja lebih untuk produk-produk lain.
TIDAK PERLU buat botox, rawatan laser @ suntikan kologen
TIDAK PERLU menggunakan cleanser, scrub, whitening, sun-block, cream jerawat atau jeragat.

EUMORA FACIAL BAR
membantu mennyelesaikan masalah anda

Keajaiban Eumora Facial Bar

EumoraFacial Bar adalah 1 produk terbaru di mana sumber bahan asasnya adalah dari Autria. EumoraFacial Bar serbaguna ini mengandungi bahan aktif semulajadi untuk membuat dan menjaga kesihatan kulit. EumoraFacial Bar merupakan Facial Bar ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sehari sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. Wajah anda akan bertambah cantik dan berseri-seri. Eumora adalah 100% semulajadi dan halal.

Herba & Nutrien yang terkandung dalam EUMORA FACIAL BAR ini terhasil daripada gabungan ratusan herba, bahan organik, hormon tumbuhan, antibiotik semulajadi dan lain-lain bahan semulajadi yang bercantum untuk mengeluarkan satu bahan ajaib yang pekat dan kaya dengan organik semulajadi yang digelar sebagai "Moor".
linknye::http://eumora-2u.blogspot.com/

Thursday, July 16, 2009

Belajar Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.